SELAMAT DATANG ! TAHNIAH! ANDA KINI BERADA DI LUBUK PAKAIAN RIADAH PILIHAN NO. 1 WANITA MALAYSIA

7 TIPS PEMILIHAN BAJU SUKAN UNTUK MUSLIMAH

on November 10, 2022
  1. LOKASI ( INDOOR / OUTDOOR )

 

  • Ada sesetengah pakaian sukan tidak sesuai untuk dipakai semasa melakukan aktiviti luar. Sebab tu kalau kita singgah mana-mana kedai yang menjual pakaian sukan pun kita perasan ada pelbagai jenis fabrik pada sudut jenis sukan yang berbeza.

         

  1. FABRIK YANG SESUAI

 

  • Bila bersukan, kita mengeluarkan peluh yang sangat banyak dan ini juga menjadi punca kenapa pemilihan fabrik sangat penting. Kebanyakan mereka yang suka bersukan akan memilih pakaian yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk. Selain membantu mengeringkan peluh dengan cepat dan memberi keselesaan, ia sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan sebarang infeksi pada kulit akibat peluh.

 

  1. KESELESAAN

 

  • TIDAK TERLALU KETAT ; TIDAK TERLALU LONGGAR. Ya !! Fokus kat dua elemen penting tu je. Kenapa ? Bila baju terlalu ketat, confirm tak selesa dan mungkin akan terkoyak ataupun ia menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Kalau baju terlampau longgar pula dikhuatiri akan merentang arus angin dan juga membataskan pergerakan. Ye lah. Gelebeh sana sini, kan susah nak bergerak tu.

 

  1. WARNA

 

  • Pemilihan warna sangat main peranan untuk menaikkan lagi confident kita bila bersukan. Selain itu pilihan warna amat berkait rapat dengan sukan yang kita lakukan. Sama ada indoor atau pun outdoor. Warna yang lebih cerah lebih sesuai bila kita bersukan di hari yang panas dan outdoor

 

 

  1. REKABENTUK PAKAIAN

 

  • Siapa yang bersukan bawa beg segedabak untuk menyimpan pelbagai kunci, telefon bimbit, air, fitbar ? Ya !! Tiada !! Sebab kebanyakan pakaian sukan sudah disediakan poket tersorok ngam ngam untuk menyimpan barang-barang peribadi. Tak kiralah samada seluar ataupun baju – poket tersorok sangat penting supaya tidak berlakunya keciciran barang peribadi.
  • Seluar sukan perlulah mempunyai jahitan yang kemas dan tidak jarang, skirt sukan tidak terlalu labuh bagi memudahkan pergerakan, tudung sukan tidak terlalu pendek dan mampu menyerap peluh – ciri-ciri lain yang perlu korang ambil tahu.

     

       
  1. SPORT BRA

 

  • Walaupun ia dibahagian DALAM tak bermakna pesukan wanita kena pandang enteng !! TIDAK !! Selain memberi keselesaan semasa bersukan ia juga sangat penting untuk menyokong struktur bahagian dada.

 

  1. HIJAB

 

  • Memang tak salah pun pakai apa-apa jenis tudung untuk bersukan tapi korang tau tak pemakaian pin tudung boleh mengakibatkan kecederaan kalau korang cuai ? Em—Sebaiknya korang pilih tudung sarung yang tidak memerlukan pin dan diperbuat dari fabrik lycra dan microfiber di mana kedua-dua fabrik tersebut tidak memberi kesan panas di bahagian kepala. Bayangkan kalau korang bersukan dan berpeluh, part kepala confirm kuyup. Hee~ Kakak faham !!



Nak lagi senang grab jee ACTIVEWEAR dari ASYIQMUSLIM NI.

 

Dari atas ke bawah, luar dan dalam semua AsyiQmuslim sediakan.

 

BONUS: Diskaun khas untuk produk AsyiQmuslim! Klik link ini >> 

 TEKAN SINI UNTUK DISKAUN PRODUK ASYIQ MUSLIM

This is multi-purpose software that can be used for any type of the store.
Back to the top Back to the top